Pada suatu hari, seorang professor di sebuah university membuat sebuah quiz.
“Saya mahu kamu semua jawab soalan saya”. Prosessor tersebut meletakkan sebuah bekas yang besar di atas meja di hadapan dewan. Dan dia memasukkan batu-batu besar sebiji demi sebiji ke dalam bekas tersebut, sehingga ia penuh. Dan dia bertanya kepada pelajar-pelajar di situ,
“adakah ia sudah penuh?”
Semua pelajar menjawab “ya, sudah penuh.”
“Benarkah?” Jawab professor dan dia keluarkan baldi yang berisi batu-batu kecil dari bawah meja. Maka dia memasukkan batu-bata kecil itu ke dalam bekas, sambil menggoncang bekas agar batu kecil memenuhi ruang di antara batu-bata besar.
Dan dia menanyakan soalan yang sama sekali lagi.
“adakah ia sudah penuh?”
Semua membisu. Seorang pelajar jawab “mungkin ia belum penuh lagi.”
“Betul.”, jawab professor.
Dia mengeluarkan baldi yang berisi pasir pula dari bawah meja, dan menuangkannya ke dalam bekas. Dia menanyakan soalan yang sama,
“adakah ia sudah penuh?”
dan semua pelajar menjawab “tidak”.
Professor pun keluarkan jag air dan tuang ke dalam bekas sehingga air hampir tumpah kerana penuh.Professor menanyakan soalan terakhir kepada pelajar-pelajarnya.
“Siapa yang tahu apa yang saya mahu katakana di sini?”
Seorang pelajar mengankat tangan. “Walaupun jadual seketat mana, jika berusaha dengan gigih, kita dapat membuat kerja lain sebanyak mana pun.”
“Bukan itu.” Jawab professor.
“Itu bukan point yang penting. Kebenaran yang kita semua dapat depelajari melalui contoh bekas ini adalah, jika kamu tidak memasukkan batu besar dahulu sebelum yang lain, kamu tidak sekali-kali akan dapat memasukkannya selepas itu.”
Dan professor mula berkata tentang apa itu “batu besar”.
“Batu besar” di sini maksudnya apa yang paling penting bagi kalian. Bekas adalah kehidupan kalian.
Masukkan batu besar ke dalam bekas sebelum yang lain. Kalau tidak, kamu tidak dapat memasukkannya lagi selepas itu. Kalau kamu masukkan batu kecil atau pasir dahulu, maksudnya perkara yang kurang penting dahulu, hidup kamu akan penuh dengan sesuatu yang tidak berapa penting. Sehingga kamu tidak sempat luangkan masa untuk batu besar, iaitu sesuatu yang penting bagi kamu dan akhirnya, kehilangan.
Jadi, apa “batu besar” korg sume?
Story ni bukan ciptaan saya, just translate from random source. :p