Sangat bosan dan tertekan, sebab tak de kerja untuk buatkan.
Jadi saya nak wat entry macam selalu orang lain buat kat blog dia. Nak upload gambar, tak dapat. :(
Sekarang, satu-satunya perkara yang membuatkan saya seronok menantikan hari esok dan seterusya untuk 2,3hari adalah pack from online shop yang saya order. Saya ada beli 3 helai, eh ke 4 helai ek? anyway, beberapa helai tudung/shawl, dan ia sangat berbeza dari koleksi tudung-tudung saya yang saya dah ada sekarang ni. yeay! Biasalah perempuan, suka benda-benda yang cantik. hihi tak zuhud-zuhud lagi saya ni,:p
Cakap pasal tudung, ada beberapa benda yang saya rasa sangat funny dari dulu. Iaitu orang yang rasa diri sangat HOT hanya sebab dia pakai tudung jenis rectangle aka shawl. Yeah I wear shawl too but I just can't tahan nak gelak bila ad minah yang fikir orang yang tak pakai selendang, yang still pakai tudung bawal tu ketinggalan zaman dan memang patut dipandang dengan pandangan kasihan.
Ada jugak golongan sebaliknya, I call them geng bawal dan awning sebab selalunya mereka ni kawan baik. Mereka ni tak senang dengan kemunculan geng shawl atau yang lain yang mula pakai tudung jenis yang tak common di Malaysia. Saya perasan benda ni time melompat-lompat dari blog org len ke org len. Saya suka Hana Tajima, so cam tertarik untuk membaca ada satu artikel yang ditulis time dia dengan Yuna ada buat acara Maysaa kt Malaysia. Apa yang membuatkan saya nak gelak guling-guling, bukan pasal artikel di blog gossip yang hangat tu. Tapi comment2 readers yang mengutuk Yuna dan Hana sebab diorang pakai tudung yang tak common di sini. Ala yang selendang lilit2, ad drapes sume tu. Ada readers yang cakap nampak hudus sebab pakai shawl nampak pipi tembam la, macam budak asrama yang lilit tuala untuk pegi tandas la, macam-macam.
Apa yang saya nak cakap di sini, apa niat kita pakai tudung ek? untuk tutup kepala, untuk tutup rambut, atau untuk tunjuk rasa kehambaan kita kepada yang Maha Esa dengan mematuhi arahan-Nya?
Allah suruh kita tutup aurat. Dengan gaya ape, Dia bagi pilihan untuk kita, asal labuh sampai ke bahagian dada. Nak pakai tudung bawal yang tak jarang boleh, nak pakai shawl yang leh tutup sampai bahagian dada boleh, nak pakai tuala boleh, nak pakai cadar ke alas meja pun boleh. Kita pakai tudung ikut cita rasa masing-masing, so tak payah la nak pandang rendah ke kutuk-kutuk orang lain kan kalau niat kita hanya satu, untuk mematuhi arahan Allah.
Kalau nak tegur, boleh. Contohnya kalau saya pakai topi yang menampakkan separuh dari rambut yang saya ada ke, kalau saya pakai selendang untuk balut kepala je tak tutup leher ke. Tegurlah,
"yang, aurat awak masih terdedah la yang. I tak nak u masuk neraka."
Tak berani tegur takut tersalah pilih perkataan, buat dengan perbuatan pun boley.
Contohnya tolong masukkan rambut yang ternampak kt pipi ke dahi ke, atau tarik-tarik(dengan lembut ye, tunjuk ckit ciri-ciri gadis melayu yang kite ad ni!) selendang supaya cukup untuk tutup aset2. Then cakap la,
"Haa this is better" atau "Macam ni nampak lagi cun"
heee ni suma cara-cara yang saya akan suka kalau saya diberi teguran macam ni, tapi tak tau la orang lain camne kan. mesti geli geleman kalau yang jenis tak suka menunjuk atau ditunjuk kasih sayang. tapi saya suka!heeeeee eh lari topik la pulakkk
Saya suka je tudung jenis bawal atau tudung empat segi sama, sebab nampak comel je ada lipatan kat tengah-tengah tu, yang kita tiup2 kalau ad budak nakal pegi kemekkan benda tu. Masalah saya, saya tak pandai sangat bentuk mende tu, memang zaman sekolah saya disasters la sebab memang kena pkai tudung jenis cmtu kan.Tapi sekarang lagi selalu pakai tudung jenis rectangle sebab tudung jenis ni tak payah nak wat bnda pyramid kt tengah dahi tu (eeeey how do you call that thing ea? yang korang lilin2 tu?), dan most of them tak payah gosok!heee tu je sebenarnya, tak payah gosok. Mane ad tudung bawal crumple yang tak yah gosok kan?(kalau ad, tell meeee okay!)
kesimpulannya, takyah rasa orang lain tu hina dari kita, dan tegurlah orang yang anda sayang dengan penuh kasih sayang~
No comments:
Post a Comment