Tuesday, June 21, 2011

kenapa saya tak suka kem time skolah

Hari ni tiba-tiba teringat kenangan-kenangan zaman sekolah menengah dulu. Mesti semua ada pergi camping kepimpinan la, camping remaja la, tamrin la, dan segala macam aktiviti yang memerlukan korang duk kat kemah atau asrama tepi2 hutan, gunung atau sungai kan? Ramai kawan saya suka mengimbau nostalgia dengan mengatakan kem-kem tu memang best la, kenangan terindah la, ape la. Tapi saya tak. I used to hate those camping thing (includes BTN) atas sebab-sebab tertentu.

1. Penceramah yang lebih-lebihkan lelaki

Mostly penceramah yang kununnya (I know how to eja "konon" but I use this spelling to make it looks more eeww) dapat bagi korang motivasi tu, kan penceramah lelaki. Sebab tu la dorang suka lebih-lebihkan lelaki and saja sakitkan hati ktorg.

cth:
P: Assalamualaikum dan salam sejahtera pelajar-pelajar perempuan yang dihormati

-ok ni nmpk cam normal kan? tapi ayat2 lepas ni yang tak leh tahan cm nk muntah

P: dan pelajar-pelajar lelaki yang saya hormati, sayangi, kagumi, dan blablablabla


seryes, menyampah. Lepas tu mesti end dgn ckp "eh pelajar perempuan marah dengan saya ke"

'%$&%$#"

Saya tak marah, cuma benci je, encik.

2. Ice breaking yang ada sesi berkompang

Ala korang mesti taukan, penceramah yang takde idea original dan cool mesti guna teknik ni. Suh pelajar ppuan sebut "kelopak" and suh pelajar lelaki sebut "jantung" and ulang-ulang so bunyi jadi cm men kompang. Semua tau perkataan "kelopak" tu lagi susah nak sebut, so memang ppuan tak dapat sebut dengan kuat lah. Dalam banyak-banyak kem yang saya pergi, penceramah yang saya jumpa, tak de sape pun yang tukar pkataan tu laki n ppuan. Sume guna teknik sama untuk kalahkan pelajar perempuan dari pelajar lelaki. kesian, takde cara lain untuk tarik perhatian pelajar kan.

3. Logo, tema dan bendera kumpulan

Ni memang shit. tak seronok langsung. Bukannya lawa pun hasilnya. Pastu kertas-kertas mahjong tu sape nak bawak balik n simpan? Kununnya nak uji kreativiti kumpulan masing-masing, tapi kreatif apebendanya kalau sume guna prinsip2 lebih kurang: jujur,amanah,berani,cekap,mesra. Dah macam polis pulak da.

4. Kawad dan pakcik jaga kawad

I hate kawad. Tak paham langsung apa fungsi kawad dalam memperbaiki kualiti hidup budak2. Jadi hitam, panas, dan sakit hati ada la. Dan pakcik2 yang dipanggil komander ni pun satu faktor yang amat menyakitkan hati. Dorang selalunya mulakan sesi dengan berlagak dan riak betapa hebatnya die dalam angkatan tentera. Like, seriously? kalau pakcik tu betul-betul hebat and terrer gilerrr, asal pakcik duk kt hutan cmni and layan budak-budak hingusan? Dah tu suka sangat layan kitorg sebagai brats yang spoiled and kaya-raya anak orang berada. Setahu saya, kawan-kawan saya yang ayah die berpangkat tinggi takde pun nak show-off pasal tu. Len la orang bawahan yang takde orang untuk di bully selain budak sekolah menengah sbb dlm army, die pangkat rendah je. Tolonglah cermin diri dulu.

5. Kantin yang tak peka dengan sensitiviti

Ini tak semua tempat la, tapi certain tmpt tu cm tak ready untuk sediakan makanan khas untuk budak-budak vegetarian atau budak yang tak makan beef atas sebab agama. Pernah sekali tu sorg budak cina terjumpa daging dlm beehun goreng. Mestilah dia upset kan? Cuba kita bayangkan, kat negara non-muslim, kita mintak food yg xd meat, time makan tiba2 terjumpa. Bengang kan? Jijik kan? memang la kite ni majority dan negara kita negara islam, tapi kite kena amek berat pasal hati kawan-kawan kita yang duk sama dengan kita jugak.
Apa salahnya time buat borang untuk sertai kem tu letak la bahagian keperluan makanan die. Ad allergy ke, tak vegetarian ke, tak makan daging lembu ke. Kan senang, tak payah time dah sampai kantin baru nak tanya sorang2. Dorang pun ada hak dorang jugakkan.

6. Tempat kem yang "keras"

Serious, tak paham. Nape nak wat kat tempat yang keras. Pastu nak takut-takutkan budak n suh ikut arahan komander kem.

7. Budak lelaki yang gatal

Ni kalau campur dengan budak sekolah lain la. Biasanya kalau kem yang campur, saya banyak diam and tak banyak cakap. Pastu mesti adalah 2,3org yang mulakan langkah maisng2 sebab dorg igt sy ni budak sekolah agama yang alim pemalu lemah-lembut manis senyuman dan calon bini yang baik. Dorg tak tengok gigi saya yang huduss. =,=
ntah saya tak suka orang wat expectation yg tggi2 dan dorg kecewa sendiri. Pastu mulalah sesi "aku bukan apa, tapi aku ingat dia ni baik, rupa-rupanya...."

No comments:

Post a Comment