Thursday, February 3, 2011

personality test



Semelam setelah penat mentelaah pelajaran(lol), saya main game personality test dekat fon saya ni. Dan itulah keputusannya. Betul atau tidak, hmm bnyk jugak kot yang betul. Saya suka sederhana, tak passive atau pun terlalu agresif. Kalau orang usik saya, biasanya saya cuma senyum je tapi kalau dah lebih-lebih, memang meletup. Saya suka benda cantik-cantik, tapi kalau ia boleh mendatangkan perhatian dari pihak yang tidak diinginkan, memang saya teragak-agak la nak memakainya. Saya suka berangan, "kalaulah aku ada duit, mesti aku buat itu, ini" tapi bila dah ada duit pun, rasa macam segan nak belanja sakan. Ada jugak menikmati syurga duniawi, tapi tak suka sangat kalau ia melampau.



Bila difikirkan kembali, saya ni tidak ada apa-apa yang istimewa. Macam contohnya kalau kita nak describe orang, kita akan cakap dia ni bijak, sabar, kuat usaha, ceria, pemalu, suka bergurau, pemarah, tenang dan lain-lain kan? Tapi saya tak tahu saya ni orang yang macam mana. Sebab saya ni berubah-ubah ikut keadaan. Nak cakap tak kuat pendirian, saya ada jugak values2 yang saya memang jaga dalam hati saya. Kalau orang mempertikaikan, memang saya akan mempertahankannya habis-habisan. Pasal Nabi, dan derita saudara-saudara islam saya. Dua perkara ni memang nahas la siapa yang usik depan saya, walaupun dia kawan saya yang nak bergurau senda. Terkeluarlah kata-kata bisa dari mulut saya, kalau perkara tu berlaku. huhu


Bila saya semakin dewasa, saya rasa apa yang tetap constant di dalam saya ini adalah perasaan belas kasihan. Saya mudah rasa kasihan, rasa sayang (eh macam lagu tu la pulak) kt orang lain. Dekat anjing kecil pun saya rasa kasihan, dekat makcik tua yang jaga kaunter pun saya kesian. Lepas tu balik umah nangis teringat kt macam-macam. Tengok movie memang selalu la nangis kat part yang orang lain tak nangis lagi. Tengok filem kung fu cina Yap Man pun nangis-nangis. Sebab apa? Kesian orang-orang dalam tu kena pukul!LOL  Dah name pun action, mestila ad scene tumbuk-tumbuk kan? Ntah tapi saya terlebih emosi bayangkan apakah perasaan mereka dipukul.
Tengok cerita Curious Case of Benjamin Button, baru mula 5min dah nangis sebab baby tu lahir dalam keadaan nazak(huh? tak tau nk cakap camne, sapa yang tengok tu tahu la).


Mungkin hati yang mudah tersentuh ni merupakan kelemahan bagi orang lain. Tetapi saya tak fikir macam tu. Walaupun orang lain pijak kepala saya, dengan adanya hati ini, insyaAllah saya akan berfikir banyak kali untuk balas balik kat dorang tu. Biar orang lain buat kita, tapi kita boleh doakan mereka untuk tak buat perkara yang sama untuk orang lain pulak. Cukuplah kita yang merasa sakit itu.

Mengarut, ek?huhu. Memangla, sabar ada batas jugak, tak semestinya saya senyum memanjang je.hoho






Esok ada 1 paper terakhir iaitu French dan satu oral exam. > <

View from my uni's window. Where I perform solat.:)

No comments:

Post a Comment