Saat sekarang ini, saya sangat merindui orang-orang tersayang saya. Tak henti-henti air mata keluar. Baru tadi ayah hantar email dr BB dia, sy balas terus dr iphone saya. Ayah (atau mak, sebab kadang-kadang mak guna bb ayah untuk email sy) tanya saya apa kabar, duit cukup ke tak, makan macam mana. Saya jawab alhamdulillah duit cukup cuma perut je suka wat hal. Dan saya cakap hari tu jalan-jalan kyoto kobe. bandar2 tu cantik tapi sedih sebab abah mama dan adik2 takde. Lepas tu tiba-tiba rase sebak.
Sejak belajar di universiti, dah banyak kali jugak saya dapat melancong sane-sini. Pergi jauh-jauh sampai ke luar negara pun pernah. Makan mcacam-macam hidangan yang enak, yang saya tak dapat bila saya kecik. Tengok bandar orang, kagum dengan peninggalan sejarah mereka. Tapi walau macam mana pun, hati saya tak riang sepenuhnya. Lepas jalan-jalan pada siang hari, mesti saya teringat kt family. Nangis tahan dari mengesak-esak sebab tak nak kawan terbangun dari tidur.
Semuanya kurang indah kalau tak dikongsikan dengan orang yang saya sayang.
Pemandangan yang cantik mesti lagi cantik kalau tengok dengan mama.
Makanan yang sedap mesti lagi sedap kalau makan dengan abah.
Barang-barang yang cantik mesti lagi bes kalau dapat tengok dengan adik2 dan kecoh2 pikir nak belik ke tak.
Yang penting saya nak tengok muka dorang bercahaya keriangan dengan semua keindahan duni yang Allah kurniakan.
Ketika remaja (ataupun budak hingusan), saya selalu ckp kat hati, alangkah besnya kalau dapat melancong dengan kawan-kawan sekepala je. Kan bes kalau dapat pergi mana-mana, buat ikut suka kita je. Dan saya nak sangat untuk menjadi dewasa dengan cepat, supaya saya dapat semua "freedom" tu. Saya tak sayang sgt family sehebat org2 lain, ketika itu. Tapi time tu saya tak sedar yang kebebasan yang saya dapat tu ada pengorbanannya, ade benda yang saya akan kehilangan.
Sekarang saya berada nun jauh di mata dari keluarga. Adik-beradik pun belajar jauh2, jarang kita dapat bersama. Rindu sangat saat dapat gelak ketawa dengan mereka. Rindu sangat.
Bila kenang kembali, mungkin time prep u paling bahagia. Sebab weekdays dapat rasa seronok busy dgn schedule belajar dan enjoy spt remaja len, dapat jumpa org yg merubah hidup saya. Weekends balik rumah, dan bermanja dgn mak ayah n dapat duit belanja. Sekarang saya jauh dengan dua2 pihak tu. Tapi Allah kurniakan saya dengan kawan universiti yang baik dan ikhlas, tak mcm "kwn2" sebelum ni. Dan saya sempat dapat rase nikmat duit, keseronokan mengurus kewangan sendiri n belanja ikut plan sendiri. Allah memang adil, tak pernah tarik semua sekali gus tapi uji ciki-cikit ikut kemampuan.
Saya tahu saya mesti sabar. Dan buat apa yang perlu saya lakukan sekarang. Cuma saya sedih fikirkan bila lagi kami sekeluarga dapat kumpul bersama. lagi beberapa tahun, saya kan bekerja atau sambung belajar. Mungkin dapat di luar Malaysia n berjauhan lagi dengan family. Lepas tu mungkin saya akan kahwin, bahagia dgn org yg kita suka tapi jauh dan tak dapat jumpa selalu dengan abah mama sebab saya pun dah ada family.
Sedih. Sedih. Sedih.
terEmo plak malam ni. selalu macam ni bila berseronok dengan org n tiba2 back to reality balik ke bilik sy yg sorg2 je sy duk ni. :(
sarahh!!! please smilee...:)jangan cdey2 tau,nanti tak comel!! please be happy kawankuu!!!
ReplyDeletep/s-miss u,cepat2 lah balik ke malaysia..:(
Thanks atiqah..huhu smlm tibe2 rase sebak..
ReplyDeleteraya nti sy balik lg..;)