Hidayah itu milik Allah. Kita tak boleh paksa orang untuk beriman, kerana tugas kita hanyalah mengajak manusia ke arah kebaikan, ke jalan Allah.
Sounds so familiar and so common, kan? Leh hafal n bila ditanya, senang je keluar dari mulut tanpa sekat-sekat. Tapi berapa ramai yang ikhlas nak ajak manusia ke arah makruf? Berapa ramai yang betul-betul menjalankan tugas sebagai da'i?
Tajuk entry ni takde kene-mengena dengan lagu zaman dulu-dulu ya. Ini berkaitan dengan izin Allah dan apakah usaha kita. :)
Hari ni tiba-tiba terfikir pasal tu sebab tengok status kawan yang bertukar ke Islam. Sebelumnya dia tak tulis apa-apa kt agama. Nama pun dah ada nama Islam. Akak tu belajar Bahasa kt universiti, sebab tu banyak berkawan dgn budak-budak Malaysai kt sini. Saya jumpa akak tu masa ada open house kt akk Malaysia yang lain.
Masa tengah duduk-duduk sambil tunggu giliran untuk solat, akak tu tanya, macam mana nak solat? Masa tu semua macam tiba-tiba senyap, semua mcm tak nak jawab soalan akak tu. Saya segan sebab saya baru kali pertama jumpa akak tu, senior lain kan ada. Siapa ntah bagitau kt akk Jepun tu, takbir, baca alfatihah,rukuk, sujud tu one set(rakaat), n ulang ikut bilangan yang ditetapkan cnthnya kalau Subuh, 2kali set tu. Lepas tu akak tu tanya macam mana nak baca al-fatihah tu, boleh tak ajarkan dia. Time ni lagi la semua orang awkward, sume tunduk.
Saya cakap kalau dengar mp3, senang cikit nak hafal. Dia pun cakap dia dah ada beberapa surah dalam player dia, tapi susah nak baca tulisan arab. So saya cakap kalau dah boleh tulis arab, senang cikit nak hafal sebab boleh ingat dengan maksud sekali. Lepas tu akak tu ada tanya lagi detail maksud basmalah, al-fatihah, dan bacaan-bacaan lain dalam solat. Memang dalam hati berdebar-debar lah kan, tak sangka sampai dia dah dengar ayat-ayat al-Quran. Ingat dia just nak tanya je, sebab curious. Tapi len macam je sebab detail sgt, mcm dia nak solat betul-betul je. Time ni saya tak tahu apa yang bermain di fikiran akak tu. (Sampai sekarang pun, bukannya saya leh tgk apa yg ad dlm isi hati org len, hehe.)
Alhamdulillah, sekarang ni ramai yang kembali pada islam, makin ramai gadis-gadis pakai tudung, dan ustaz-ustaz pun dah jadi popular dan dijadikan ikon. Dan makin ramai yang sedar pasal kepentingan tarbiyah atau dakwah. Tapi apa yang saya sedih, kita ni macam syok sendiri je. Buat kem, seminar, event, sume dikalangan kita2 org islam melayu. Cakap nak jadi da'i, tapi bila ada orang bukan islam tanya tentang islam secara terperinci, sume cabut lari membisu mengunci mulut. Tak pandai cakap bahasa Jepun la, tak reti nak explain la, buat apa nak cakap detail pasal solat kat orang kafir yg tak solat la, macam-macam alasan. Tapi kalau rakyat Malaysia bangsa lain yg fasih bahasa Melayu tanya kita, kita leh jawab ke? Yang faham bahasa Melayu dan adat-adat melayu tapi tak berapa tahu tentang islam tanya kt kita, kita leh jawab ke? Anak kita tanya, kita leh jawab ke? Ke kita semua serahkan kerja tarbiyah kat hanya ustaz ustazah kt sekolah agama dan pegawai jabatan islam je?
Kita gembira bila ada saudara baru join kita. Tapi berapa ramai di antara kita memudahkan dorg untuk kembali ke islam? Memanglah hidayah itu milik Allah, tapi ada tak kita turut serta dalam proses dorang nak kenal islam? Saya rasa sangat sedih sebab saya tak tolong akak tu sekuat tenaga saya, saya bagitau sikit-sikit je, pstu suruh akak tu belajar arab n ingat sendiri. Rasa bersalah sangat. :(
Ingat tak masa kat sekolah, cikgu selalu galakkan kita untuk study group, ajar kawan-kawan yang kurang faham tentang pelajaran. Sebab kalau kita leh explain kt orang, ia boleh mengukuhkan ingatan kita dan fahaman kita, kalau tak leh explain, belum faham sepenuhnya la maksudnya. Bagi saya, islam pun macam tu jugak. Kita kena faham betul-betul apa yang kita amalkan, apa yang kita baca semua tu. Tak boleh la setakat hafal je, buat sebab dah biasa atau sebab orang lain pun buat.
Allah pun pernah tegur Nabi saw, untuk jangan abaikan orang yang datang minta diajar. So mari lah kita bersiap sedia dengan ilmu yang cukup, supaya tak panic bila ada orang tanya, so that kita leh sumbang untuk jalan Allah dengan bagi bantuan kt dorg yg bminat. :)
Islam tak perlukan kita tapi kita yang perlukan islam<3
No comments:
Post a Comment